PENDIDIKAN AWAL
Kanak-kanak adalah umpama simen basah dan setiap orang yang jatuh ke atasnya akan memberi kesan kepadanya.Pendidikan awal bagi diri anak-anak adalah kehidupan di sekelilingnya. Gerak laku dan tutur kata ibu bapa serta orang-orang di sekelilingnya sentiasa di dalam pemerhatian anak-anak tanpa kita sedari.Gaya didikan ibu bapa dan persekitaran rumah memainkan peranan penting dalam membentuk sikap awal anak-anak. Apa yang dilihat dan dipelajari di rumah dan di sekelilingnya akan menjadi panduan dalam hidupnya.Nilai-nilai yang terbentuk sejak awal tidak mudah untuk diubah melainkan jika ibu bapa menerapkan nilai-nilai ini setiap hari secara konsisten melalui aktiviti harian biasa. Ibu bapa adalah pendidik pertama dan utama anak-anak. Tugas ini tidak boleh diambil alih oleh sesiapa pun.Di dalam memastikan bahawa anak-anak menerapkan nilai-nilai yang baik di dalam hidup mereka. peranan ibu bapa adalah untuk mengawas mereka, dan bukannya mengawal. Pengawasan yang menyeluruh dan berhemah daripada ibu bapa boleh membantu anak-anak membina waja diri yang kukuh.
Blogged with Flock
[+/-] Read More...
[+/-] Summary only...
Assalammualaikum W.B.H dan salam sejahtera,
Terlebih dahulu saya mengucapakan ribuan terima kasih saya pada keluaraga , rakan-rakan dan juaga kepada pensyarah saya kerana banyak membantu saya alam menyiapakn tugasan atau laporan akhir latihan praktikal ini. Tidak juaga kepada emak saya yang telah menyalurkan kewangan kepada saya. Akhir sekali kepada pihak pengurusan Rumah Kanak-Kanak Taiping kerana banyak membantu saya dalam menyiapkan tugasan saya ini.
Selama diua bulan lebih mengharungi kehidupan sebagai anak yang jauh dengan ibu-bapa dan juga telah tiada di dunia , pelbagai pengalaman dan pengajaran kepada diri saya sendiri . Betapa pentingnya kasih sayang daripada keluarga sendiri. Di asrama Rumah Kanak-kanak ini , saya banyak mengetahui kehidupan seharian bersama-sama kanak-kanak disini . Walaupun ada segelintir penghuni yang tidak menyukai pelatih praktikal. Namun ia merupakan cabaran kepada saya untuk membantu mereka kearah kebaikan.
Selama ini saya tidak dapat ganbaran sebenar tentang kehidupan pelajar yang tinggal dirumah Kanak-kanak selepas saya membuat latihan praktikal baru saya sedar bukan mudah satu tugas yang dianggap enteng dilakukan oleh pelatih praktikal.
Apa yang diharapkan oleh saya kepada pelajar agar mereka semua berusaha untuk mencapai cita-cita mereka dan laporan akhir saya ini. Ssebagai panduan ke arah generasi pelajar- pelajar baru yang mengambil jrursan Dip. Psikologi pada masa akan datang.
[+/-] Read More...
[+/-] Summary only...

Ruang Peribadi
Terdapat satu bidang di dalam penyelidikan psikologi yang menyelidiki tentang ruang peribadi sesama manusia. Ruang yang wujud ini dikenali dengan nama proxemics. Kita semua dikatakan dikelilingi oleh sebuah 'gelembung' ruang peribadi dan kita akan hanya membenarkan orang-orang yang kita kenali dan percayai untuk memasuki gelembung ini.
Besarnya ruang gelembung ini sebenarnya berbeza mengikut budaya. Ada di antara kita yang mempunyai gelembung yang kecil dan sebaliknya. Mereka yang mempunyai gelembung yang besar (seperti aku) tidak akan merasa selesa jika orang yang tidak aku kenali tiba-tiba sahaja merapati ku lalu berbual dengan ku. Aku akan terus rasa rimas jika perkara ini berlaku.
Zon Jarak Peribadi
Menurut ahli antropologi Edward T. Hall, terdapat empat zon jarak peribadi seperti gambar rajah di bawah:
[+/-] Read More...
[+/-] Summary only...